Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah. :)

1 Muharam 1430 Hijrah.
Semoga lembaran baru ini lebih baik dari yang lalu. Amin.

Doa Awal Tahun Hijrah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; segala pujian bagi Allah Penguasa sekalian alam; selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Rasul iaitu penghulu Nabi Muhammad S.A.W dan kepada keluarga serta sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal; qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar; dan kemurahan Engkau yang telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentere-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, rubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaan Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Wahai Tuhan kami, kurniailah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Dan cucurilah rahmat dan salam kepada penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan kepada keluarganya dan para sahabat baginda sekalian. Segala pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.

AMIN.

4 comments:

Nina :) said...

aminnn..amin ya rabbal alamin..
hehe..
sy suke doa ni
doa yg memberi kte smgt utk masuk tahun baru!

shera said...

semoga kita sentiasa diberkati dan mendapat keredhaan-Nya selalu. amiinnn. :)

aliah kama said...

AMINNN.

happy new year :D

Anonymous said...

slm
slmt berhijrah..
any azam baru?
uhuu...gud luck 4 that roomie..
oh..dun surprised!
awk yg ajr kite blog2 ni..haha..
visit mine,ok!
pu3nice2see..